...kenali diri...

...kenali diri...

Sunday, August 8, 2010

...Menimba Pengalaman...


Assalamualaikum...

Antara salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaunselor adalah menguruskan program yang dilaksanakan di sekolah. Saya juga berkesempatan untuk menguruskan program bersama rakan sekelas yang lain. Program kali ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kerling, Ulu Selangor iaitu pada 6 dan 7 ogos. Sepanjang menjalani program tersebut, banyak pengalaman yang tidak ternilai harganya telah kami perolehi. Pengalaman yang dipungut sepanjang program ini dapat dijadikan panduan untuk pelaksanaan program yang akan datang. Walaupun banyak halangan yang datang secara tidak dijangka, tetapi alhamdulillah kami dapat menyelesaikan dengan jayanya.

Terdapat banyak aspek penting yang harus diberi perhatian semasa menjalankan program di sekolah. Antaranya ialah perancangan yang rapi, persediaan diri dari segi mental dan fizikal, kerjasama antara ahli jawatankuasa dan sebagainya. Tanpa perhatian yang serius, program yang ingin dilaksanakan boleh menjadi kucar kacir dan tidak menarik. Selain itu, hubungan dengan kaunselor di sekolah juga amat penting kerana tanpa kerjasama dari kaunselor, sukar untuk fasilitator melaksanakan program kerana ia melibatkan pelajar dan guru sekolah. 

No comments:

Post a Comment