...kenali diri...

...kenali diri...

Tuesday, August 31, 2010

...Hari Kemerdekaan...


Tanggal 31 Ogos 2010, negara Malaysia akan menyambut kemerdekaan buat kali ke 53. Alhamdulillah kerana Malaysia masih mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Semoga ianya berkekalan sepanjang hayat. Aminnn...

.....SeLaMaT MeNyAmBuT HaRi KeMeRdEkAaN.....

Sunday, August 29, 2010

...Bengkel Swa-Diri Fasilitator Muda...

 ... Siri 2 ...


Pada tanggal 29 ogos 2010, telah berlangsungnya siri kedua bagi Bengkel Fasilitator Muda bertempat di Dewan Sri Tanjong. Pada siri ini, kami mengikuti bengkel swa-diri yang mendedahkan tentang tugas, peranan, ciri dan sebagianya berkaitan dengan Fasilitator.


Kami telah menjalankan dua inventori iaitu Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) dan Inventori personaliti Sidek (IPS). Melalui inventori ini, kami dapat mengenali personaliti diri sendiri dan dapat memperbaiki kelemahan yang telah dikesan. Inventori ini dijalankan untuk mengaitkan tentang personaliti seseorang individu dengan tugas serta peranan seseorang fasilitator.


Kemudiannya, kami didedahkan tentang persediaan yang perlu dilakukan dari segi pengetahuan dan juga mental untuk menjadi fasilitator terbaik. Penerangan mengenai peranan fasilitator dalam sesebuah program telah mencetuskan satu inspirasi dalam diri saya untuk terus belajar dan seterusnya menjadi seorang fasilitator yang berkaliber dan berkesan. Semoga ianya menjadi satu kenyataan. Amin....




~Wajah-wajah ceria sebelum memulakan bengkel ~
















- Bengkel Fasilitator Muda - 
~ Bergerak Seiring Menyahut Cabaran ~

Sunday, August 22, 2010

...Fasilitator Berjiwa Masyarakat...

... Siri 1 ... 

Siri pertama diadakan pada 22 ogos 2010. Pada siri ini, peserta akan didedahkan dengan persekitaran masyarakat di sekitar Tanjong Malim. Antara tempat yang bakal dikunjungi oleh peserta untuk membuat kerja sukarelawan ialah pertama Rumah Sejahtera, Ketoyong, kedua adalah Masjid Jamek, Tanjong Malim, ketiga ialah Rumah Rehat Tanjong Malim dan yang keempat ialah Rumah Anak Yatim Baitul Mahabah. 


Saya ditugaskan untuk ke Masjid Jamek. Terdapat banyak pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang mengikuti Siri pertama ini. Antaranya ialah ia mengajar saya supaya lebih prihatin dengan keadaan di persekitaran kita. Kadang kala kita terlalu mengejar akademik semata-mata sehingga lupa untuk menjenguk seketika apa yang terjadi di luar sana. 




Melalui perkongsian rakan-rakan yang ke tempat lain, saya sedar bahawa kita sebagai kaunselor perlu lebih peka dengan nasib orang di persekitaran kita. Untuk menjadi kaunselor yang berkesan, sifat menolong, prihatin dan ikhlas dalam melakukan perbuatan amat penting. Tanpa kesedaran dari dalam diri kita sendiri, agak sukar untuk kita membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan daripada kita.

..Bengkel Fasilitator Muda...


 
Bengkel fasilitator muda ini merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UPSI dan terbuka kepada semua mahasiswa/wi UPSI. Terdapat 4 siri yang perlu diikuti oleh semua peserta iaitu bermula pada 22 ogos 2010 dan berakhir 3 oktober 2010.Seramai lebih 170 orang mahasiswa dari pelbagai program telah mengikuti program ini.



... 4 siri ... : 
Siri pertama  :  Fasilitator Berjiwa Masyarakat ( 22 Ogos 2010 )
Siri kedua  :  Bengkel Swa-Diri Fasilitator Muda ( 29 Ogos 2010 )
Siri ketiga :  Kem Pemantapan Fasilitator Muda ( 24 -26 September 2010 )
Siri keempat   :  Program Eksklusif Sekolah Bitara ( 1 - 3 Oktober 2010 )

Saturday, August 21, 2010

...Akulah Penyambung Warisan...





 Berkat doa dari kedua ibubapa, pensyarah, guru dan rakan-rakan, InsyaAllah aku akan menjadi penyambung warisan dalam bidang kaunseling ini. Amin......

Friday, August 20, 2010

...Rapatkan Ukhwah...

~ Keluar minum malam setelah selesai post mortem ~

~ Sebelum pulang ke UPSI ~

~ Sebelum berangkat ke Sek Keb Kerling ~


Wednesday, August 11, 2010

...Sweet Memory...

...GOOD JOB MY FRIENDS.....CONGRATULATION...

...Majlis Perasmian Penutup...

~ jasamu dikenang ~

Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG Sek Keb Kerling. Majlis diserikan lagi dengan tayangan montaj bagi menayangkan semula, semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memberikan sepenuh sokongan kepada kami semua sepanjang melaksanakan program ini. Jasamu tetap kami kenang.

...Membina Menara Impian...

~ kami dah siap...~
Aktiviti ini begitu santai dan dilakukan di penghujung program sebagai penutup tirai program kami. Untuk membina sebuah menara yang kukuh, pelajar perlu bekerjasama antara ahli kumpulan sebagai usaha untuk memikirkan cara terbaik bagi mendirikan menara tersebut. Pelajar digalakkan untuk berfikiran kreatif supaya dapat membina menara dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa yea...Cuba lagi... Yakin Boleh!!!

...Si Buta Ku Sayang...

bersedia semua!!!
Perjalanan aktiviti ini berjalan lancar dan pelajar gembira sepanjang berlangsungnya aktiviti ini. Semasa menjalankan aktiviti ini, pelajar dapat memupuk sifat kepercayaan, penerimaan, hormat dan juga kerjasama di antara ahli kumpulan mereka. Walaupun tiada ketua yang mampu menyelamatkan semua ahli mereka, tetapi usaha yang dilakukan cukup membanggakan. Tahniah...Tahniah...

...Kembarun...

~ hati-hati adik ~

Aktiviti Kembarun ini dimulakan setelah pelajar selesai bersenamrobik dan minum pagi. Daripada tinjauan secara kasar, kebanyakan pelajar gembira untuk melakukan aktiviti ini kerana ia melibatkan aktiviti luar dewan dan boleh mencabar tahap ketahanan diri mereka. Selain itu, aktiviti kembarun ini juga dapat menambahkan lagi kejelekitan antara ahli kumpulan dan sifat tolong menolong, kerjasama, hormat menghormati dapat diterapkan di dalam diri pelajar.

...Senamrobik...

~ okey...angkat tangan mcm nie... ~

Dalam sesebuah program, keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual perlu di seimbangkan dalam diri pelajar. Melalui aktiviti senamrobik ini, aspek jasmani telah diutamakan. pelajar dapat bersenam bersama-sama rakan dan secara tidak langsung dapat menyihatkan badan. mereka. Badan yang sihat pastinya akan menghasilkan otak yang cergas...Chaiyok3...........

Tuesday, August 10, 2010

...Fikir Baik-Baik...

Untuk slot LDK, kami menyediakan video motivasi kepada pelajar dan ia dikendalikan oleh seorang fasilitator. Video ini berkisar tentang kisah seekor kucing dan terdapat unsur motivasi diri di dalamnya. Melalui tayangan video ini, pelajar faham tentang perjuangan hidup dan perjalanan kehidupan di dunia realiti.

...Energizer...

~ Semangatnya adik-adik kita ni...~
Sepanjang menjalani program, perasaan bosan dan mengantuk biasanya akan dialami oleh pelajar-pelajar. Untuk menghilangkan rasa bosan ini, ada baiknya jika fasilitator menjalankan sedikit energizer kepada pelajar supaya semangat mereka kembali pulih untuk meneruskan aktiviti di dalam program. Selepas melaksanakan energizer, biasanya pelajar akan kembali ceria dan bersemangat.

Antara energizer yang telah kami laksanakan ialah senaman tommy tommy, chicken dance, terapi tembikai, kungfu dan bermacam-macam lagi. Aktiviti energizer seeloknya dipelbagaikan supaya pelajar tidak bosan dengan aktiviti yang sama. Energizer juga boleh dijadikan daya penarik kepada pelajar supaya lebih mesra apabila bersama fasilitator dan sesama rakan.

...Ice Breaking...

~ ...Tersenyum gembira kerana dapat bangun paling awal... ~
Antara salah satu aktiviti yang biasa dilakukan di dalam sesebuah program ialah aktiviti Ice Breaking. Aktiviti ini amat popular kerana keberkesanannya kepada pelajar. Pelajar akan mulai rapat serta jelekit antara satu sama lain setelah menjalani modul ini.

Walaubagaimanapun, cara pengendalian juga amat penting untuk memastikan tujuan aktiviti ini dijalankan akan tercapai. Tanpa pemimpin yang berkebolehan, perjalanan aktiviti ini akan menjadi bosan dan seterusnya ia boleh menganggu psikologi pelajar yang bersemangat untuk memulakan program.

...Taklimat Program...

~ Kusyuk mendengar penerangan drpd fasilitator ~
Sebelum memulakan sesebuah program, ada baiknya jika fasilitator memberitahu serba sedikit pengetahuan kepada pelajar tentang tujuan program ini dijalankan. Melalui pendedahan awal ini, pelajar lebih jelas tentang tujuan mereka menghadiri program dan secara tidak langsung mereka bersemangat untuk mengikuti setiap aktiviti yang dirancang.

Selain itu, pelajar boleh didedahkan secara kasar tentang perjalanan program serta pengisian di dalamnya. Ia bertujuan supaya pelajar dapat bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mengikuti setiap aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Sunday, August 8, 2010

...Persediaan Awal...

~ perbincangan awal ~

Sebelum  menjalankan sesuatu program, ada baiknya jikalau berbincang terlebih dahulu tentang program yang ingin dijalankan bersama kaunselor dan pihak pengurusan sekolah. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan lagi perjalanan program dan diharapkan agar pihak sekolah berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan kami. Tanpa persetujuan kedua-dua pihak, mustahil 'Program Motivasi Penggerak Pelajar Cemerlang' ini akan berjaya. Terima kasih En Anuar Bin Ramli, selaku GPK Kurikulum dan Pn Hjh Hasnidar Bt Mohd Khatib selaku kaunselor sekolah...Jasamu tetap kami kenang sampai bila-bila...

...Menimba Pengalaman...


Assalamualaikum...

Antara salah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaunselor adalah menguruskan program yang dilaksanakan di sekolah. Saya juga berkesempatan untuk menguruskan program bersama rakan sekelas yang lain. Program kali ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kerling, Ulu Selangor iaitu pada 6 dan 7 ogos. Sepanjang menjalani program tersebut, banyak pengalaman yang tidak ternilai harganya telah kami perolehi. Pengalaman yang dipungut sepanjang program ini dapat dijadikan panduan untuk pelaksanaan program yang akan datang. Walaupun banyak halangan yang datang secara tidak dijangka, tetapi alhamdulillah kami dapat menyelesaikan dengan jayanya.

Terdapat banyak aspek penting yang harus diberi perhatian semasa menjalankan program di sekolah. Antaranya ialah perancangan yang rapi, persediaan diri dari segi mental dan fizikal, kerjasama antara ahli jawatankuasa dan sebagainya. Tanpa perhatian yang serius, program yang ingin dilaksanakan boleh menjadi kucar kacir dan tidak menarik. Selain itu, hubungan dengan kaunselor di sekolah juga amat penting kerana tanpa kerjasama dari kaunselor, sukar untuk fasilitator melaksanakan program kerana ia melibatkan pelajar dan guru sekolah.